Jumaat, 22 Januari 2010

Pengurusan Melalui Sasaran (MBO)

Pengurusan Melalui Sasaran diambil dari cara pengurusan barat yang sungguh terkenal dengan nama MBO atau Management by Objective. Secara ringkasnya, ia bermakna seseorang ketua itu mengurus dengan menggunakan matlamat.

Contoh senang utk menggambarkan MBO ialah seorang jurulatih pasukan bolasepak. Katakan dia baru saja mengambil alih satu pasukan yang sangat lemah dalam liga pertandingannya. Maka, apa yang dia nak buat?

Jawapannya cukup mudah.

Pertamanya, tetapkan satu matlamat besar dan jelas kepada semua anak-anak buahnya. Dengan penuh yakin dan percaya, katakan kepada anak-anak buahnya yang matlamat perjuangan mereka ialah menjadi johan liga untuk tiga tahun berturut-turut. Perkara ini memerlukan keberanian jurulatih itu. Kerana, bukan senang untuk keluar dari kepompong pasukan lemah itu.

Namun, jangan terkejut jika anak buah kita akan patuh dan bersemangat berkobar-kobar untuk mencapainya. Ini kerana, dalam fikiran mereka, mereka kita mempunyai ketua yang hebat dan bercita-cita besar.

Keduanya, tuliskan kenyataan SASARAN KITA UNTUK MENJADI JOHAN TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT DI PERINGKAT NEGARA. Cetakkan dengan banyak dan edarkan kepada anak-anak buah. Arahkan mereka menampal di dinding rumah, bilik atau di mana-mana sahaja mereka boleh melihatnya.

Kita ketua pasukan itu sudah punya matlamat dan sasaran yang agung. Matlamat yang memunculkan secara ajaibnya satu keseronokkan bagi memburu kejayaan gemilang.

Sudah terbukti yang jika semua anak-anak buah mempunyai sasaran yang besar dan jelas, maka mereka akan berkorban tenaga dan airmata untuk memperjuangkannya. Semangat akan dijana. Ini semua ialah kerana keyakinan kepada matlamat yang sudah ditetapkan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan