Jumaat, 22 Januari 2010

Takziah

Takziah kepada rakyat negeri Johor Darul Takzim di atas kemangkatan baginda sultan. Moga-moga roh al marhum baginda dicucuri rahmat...

Pengurusan Melalui Sasaran (MBO)

Pengurusan Melalui Sasaran diambil dari cara pengurusan barat yang sungguh terkenal dengan nama MBO atau Management by Objective. Secara ringkasnya, ia bermakna seseorang ketua itu mengurus dengan menggunakan matlamat.

Contoh senang utk menggambarkan MBO ialah seorang jurulatih pasukan bolasepak. Katakan dia baru saja mengambil alih satu pasukan yang sangat lemah dalam liga pertandingannya. Maka, apa yang dia nak buat?

Jawapannya cukup mudah.

Pertamanya, tetapkan satu matlamat besar dan jelas kepada semua anak-anak buahnya. Dengan penuh yakin dan percaya, katakan kepada anak-anak buahnya yang matlamat perjuangan mereka ialah menjadi johan liga untuk tiga tahun berturut-turut. Perkara ini memerlukan keberanian jurulatih itu. Kerana, bukan senang untuk keluar dari kepompong pasukan lemah itu.

Namun, jangan terkejut jika anak buah kita akan patuh dan bersemangat berkobar-kobar untuk mencapainya. Ini kerana, dalam fikiran mereka, mereka kita mempunyai ketua yang hebat dan bercita-cita besar.

Keduanya, tuliskan kenyataan SASARAN KITA UNTUK MENJADI JOHAN TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT DI PERINGKAT NEGARA. Cetakkan dengan banyak dan edarkan kepada anak-anak buah. Arahkan mereka menampal di dinding rumah, bilik atau di mana-mana sahaja mereka boleh melihatnya.

Kita ketua pasukan itu sudah punya matlamat dan sasaran yang agung. Matlamat yang memunculkan secara ajaibnya satu keseronokkan bagi memburu kejayaan gemilang.

Sudah terbukti yang jika semua anak-anak buah mempunyai sasaran yang besar dan jelas, maka mereka akan berkorban tenaga dan airmata untuk memperjuangkannya. Semangat akan dijana. Ini semua ialah kerana keyakinan kepada matlamat yang sudah ditetapkan itu.

Membrainwash diri sendiri

Mungkin ada ramai di antara kita yg heran dalam hati, apa yg dikatakan brainwash diri sendiri? Kerana biasanya, brainwash ialah memasukkan sistem atau cara kepercayaan ke dalam pemikiran seseorang itu.

Namun, brainwash diri sendiri bermaksud menanamkan nilai-nilai positif dalam diri dalam ertikata cuba menggerakkan diri utk bekerja, beribadah dan sebagainya dalam keadaan rajin.

Di sini saya berikan satu contoh benar yg saya kutip dari sebuah kaset motivasi:

Seorang yang separuh mabuk bercakap ke dalam cermin kepada dirinya dengan penuh kepercayaan yang dia sedar dan sudah waras. Dengan kepercayaan yang dipakukan, orang yang tadinya separuh mabuk itu berjaya mewaraskan diri sendiri.

Di sini saya perturunkan dua cara bagaimana melakukan perkara ini;

1) Kad penegasan diri

Kad-kad sedemikian itu di tampal di dinding rumah atau satu ruang yang ada d bilik tidur contohnya yang menegaskan sasaran seseorang. Contoh yang paling nyata ialah SASARAN SAYA SEBAGAI CALON SPM ialah mendapat 10A1. Ia terbukti berjaya menaikkan semangat dan usaha seseorang pelajar itu.

2) Bertegas dgn bercakap dengan diri sendiri

Contoh yang paling senang untuk memahami cara bertegas dengan diri sendiri ialah, katakan apabila anda sudah berasa malas dan letih pada hari itu. Cuba lihat pada cermin dan katakan pada diri anda yang "Aku rajin", "Aku pelajar hebat", "Aku pekerja cemerlang.

Menegaskan dengan berulang-ulang itu, kita akan timbul semangat baru dalam diri kita dan menjadi seperti apa yg dikatakan oleh kita. Semua boleh di capai dengan senang dengan syarat kita PERCAYA dengan teguh apa yg dikatakan.

Kecemerlangan itu bermula dari dalam diri

Ramai diantara kita didunia ini masih terfikir-fikir dan mencari arah, ke manakah akan dibawa hidup ini, namun apa yang pasti, seseorang itu mestilah mempunyai arah tuju. Jika tidak, dia akan menjadi seperti kapal di lautan yg tanpa kompas dan pedoman.

Maka, apakah sasaran dan tujuan kehidupan itu sendiri? Sudah barang pasti, ia adalah mencapai kecemerlangan dalam kehidupan, kerana hidup itu hanya sekali, jadi mestilah digemilangkan utk ketinggian dan merasa betapa hebatnya peluang yang diberikan Tuhan kepada hamba-Nya yang sentiasa berjuang...

Selamat datang ke blog zulfadhlimansor

Ada pun inilah catatan saya sebagai pemblog. Maka, banyaklah buah fikiran saya yang akan keluar bagi memeriahkan dunia penulisan blog ini